Jumaat, 25 Jun 2010

BETIK PENAWAR RASA BISA @ SAKIT DALAM TAPAK KAKI

Mungkin anda atau keluarga anda mengalami sakit dalam tapak kaki .Rasa sakit bagai dicucuk-cucuk dengan jarum serta rasa bisa-bisa.Nak menapak...sakit...telan panadol !!!...hilang seketika...

Pembaca entri ini yang ingin mencuba kaedah rawatan altenatif..tak payah jumpa bomoh...cuma cari betik muda yang tak muda..tua pun bukan..agak-agak biji dia dah warna kelabu...panggang betik tu..sampai layu...kemudian belah dan letak tapak kaki dalam betik pada ruang tengah yang berbiji itu ..ikut tahan kaki..jangan melecur kaki sudah..Insya Allah rasa sakit hilang jika diamalkan selalu.
Namun perlu diingat rasa yakin serta dengan izin Allah jualah segalanya penyakit akan mendapat penawarnya.SELAMAT MENCUBA...

Ahad, 20 Jun 2010

DAUN PANDAN PENAWAR GOUT

Pandan sering digunakan untuk mengharumkan dan melazatkan kuih-muih atau untuk aroma istimewa nasi lemak.Mudah ditanam dan didapati di mana - mana saja di negara kita.Namun perlu diingat ini bukan pandan atau mengkuang untuk buat tikar ye..

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.Dalam keghairahan para doktor dan pakar perubatan mengkaji ubatan namun masyarakat melayu masih ramai menjadikan herba sebagai ubatan altenatif.

Gout salah satu penyakit yang sukar untuk pulih dan pesakit tidak dapat lagi makan makanan laut yang amat enak seperti ketam,udang, kerang dan lain-lain lagi.Inilah salah satu nikmat Allah yang ditarik sedikit dari mereka.

Pembaca entri ini yang mungkin mengalami masalah gout bolehlah cuba cara ini.Ambil 10 helai daun pandan yang segar.Potong kecil dan rebus dengan 10 gelas air mineral hingga tinggal segelas.Minum air rebusan seperti itu setiap hari dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Untuk perbandingan sebelum amalkan minum,cuba buat ujian darah dan selepas mengamalkan minum rebusan air pandan ini dalam tempoh dua minggu atau lebih, cuba buat lagi ujian darah .

Anda yang terlibat dengan kajian bio...atau farmasi buatlah kajian pandan ini...SELAMAT MENCUBA DAN INGATLAH BAHAWA SEGALA KESEMBUHAN ITU ADALAH DENGAN IZIN ALLAH JUA.

Selasa, 15 Jun 2010

SOLAT LAKSANA SEORANG MANUSIA

Ketahuilah bahawa solat itu laksana manusia manakala Roh dan nyawa adalah seperti kekhusyukan.Kehadiran hati serta keikhlasan seumpama roh manusia dan kehidupannya.

Semua rukun solat seperti gerak-geri hati ,kepala dan jantung kerana solat tanpa rukun samalah manusia tanpa hati, kepala dan jantung.

Perkara sunat dalam solat diumpamakan seperti kedua tangan,kedua mata dan kedua kaki bagi manusia kerana tanpanya masih ada lagi kehidupan itu.Manusia yang tiada anggota itu adalan insan yang serba kekurangan dan cacat pada pandangan zahir.Demikian jualah solat yang didirikan tanpa perkara sunat.

Sunat Hai'at pula adalah umpama penyempurnaan kejadian manusia seperti adanya bulu mata,rambut,bulu roma,bulu kening,janggut dengan kecantikan warnanya yang tersendiri dan sebagainya.

Melaksanakan solat dengan hanya membuat perkara wajib sahaja samalah orang yang menghadiahkan seorang hamba yang kudung kaki dan tangan kepada seorang Maharaja.

Ketahuilah bahawa solat itu adalah laksana suatu persembahan atau satu kurniaan yang amat berharga dan bernilai tinggi yang dipersembahkan kepada Maharaja dari Segala Maharaja ( ALLAH SWT )dan persembahan ini akan dikembalikan kepada hamba Nya semula pada Hari Perhitungan nanti.

Oleh itu terpulanglah pada anda untuk membuat persembahan tersebut samada mahu memilih dari hasil yang terbaik atau pun sebaliknya.

Ahad, 6 Jun 2010

PENGERTIAN KALBU

Kalbu boleh ditafsir dari berbagai sudut namun hakikatnya hanya dua pengertian iaitu kalbu pada sudut zahir dan kalbu pada sudut batin.

Kalbu pada zahir ialah kalbu lahir atau hati seni yang terletak di dalam dada untuk mengepam darah keseluruh saraf manusia.Ia dapat dilihat , di kerat dan dicincang . Ia akan hancur dan busuk berulat tatkala jasad kita mati.Ia sama juga yang dimiliki haiwan yang tidak berakal dimuka bumi ini.

Kalbu yang kedua adalah hati batin yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tidak dapat disentuh oleh anggota zahir namun dapat dirasa oleh pengakuan batin tentang kehadirannya.Hati ini berhubung kait dengan kerja hati kasar tadi.Ia datang dari alam ghaib yang tidak dapat dilihat dan disentuh oleh pandangan zahir.

Hati Batin ini laksana raja yang memerintah dan hati kasar itu umpama istana raja atau makam tempat ia bertahta yang memerintahkan anggota zahir seperti tangan,mata dan lain-lain lagi Anggota zahir ini adalah menjadi rakyat jelata yang mengikut perintah Sang Raja. Hati inilah yang akan menemui Maha Pencipta dalam rasa bahagia atau sengsara di dunia atau di Akhirat kelak.Hati inilah yang bertanggungjawab kepada Allah kerana ia adalah hakikat kejadian manusia

Khamis, 3 Jun 2010

KALBU,HATI,JIWA DAN PERASAAN

"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.Ketahuilah ianya adalah Kalbu (Hati )" Maksud H.R. Bukhori dan Muslim.

Hati dalam diri manusia laksana raja yang memerintah dan sangat ditaati oleh rakyatnya yang terdiri dari seluruh anggota lahiriah tubuh itu sendiri.Ia juga disebut HAKIKAT KE AKUAN...rumah ku..keretaku..wang ku....aku..dan aku.....

Itulah hakikat insan..lantaran ia sebenarnya ganti nama bagi ROH atau KALBU.
Ia menjadi pengarah bagi tubuh laksana belulang nan kering .Tubuh insan itu bagai tunggul kayu yang menanti rebah berkecai dan hancur ditelan bumi.

Datangnya dari Alam Ghaib dan akan kembali ke Alam Ghaib.Wujud sebelum Alam Kasar atau Alam Syahadah.Ditumpangkan ke alam dunia untuk menerima ujian ..beribadah dan tunduk kepada Maha Pencipta.Dia dihantar ke Alam Syahadah ini dengan hikmah ubuddiah iaitu untuk beribadah dan berbakti kepada Allah.

Siapa diri kita?
Dari mana arah kita dan hendak ke mana hala tuju kita..?
Ke mana dan di mana akhirnya kita semua....?

Ya ..Rabbi..
Bantulah hamba Mu ini dalam melunsuri kehidupan yang amat singkat ini.
Bantulah hamba untuk mencari dan mengapai ilmu Mu untuk ku canai di minda anak-anak ku serta anak didik ku.
Bantulah daku untuk ku selam Kalam Agung Mu mengisi jiwa ku yang kontang dan resah lantaran kejahilan ini masih bertahta dibalik jawatan dan amanah yang ku tanggung ini.

Ya ..Rabbi..
Beningnya titisan sendu ini belum dapat ku raih cinta Abadi.
Amat sukar untuk ku cipta rasa ikhlas dalam dada ini.
Amat payah sekali untuk ku kikis rasa tamak haloba pada dunia yang penuh tipu daya ini.

Ya... Rabbi..
Usah Kau biar daku terkapai sendirian mencari sinar ini...

Sabtu, 29 Mei 2010

MANUSIA DAN ALAM

RENUNGI CIPTAAN ALLAH DALAM DIRI KITA DAN ALAM INI



1. Manusia ditumbuhi rambut dan bulu roma….
2. Wajah manusia mempunyai dua mata yang menyaksi alam..
3. Manusia ada deretan gigi yang menawan..
4. Manusia menitiskan airmata..
5. Manusia bersin dan batuk...
6. Dalam tubuh manusia ada urat saraf yang mengalirkan darah..
7. Tubuh manusia mempunyai bentuk yang indah…
8. Manusia ada sifat marah
9. Manusia mengeluarkan najis dari qubul dan dubur..
10. Manusia berpeluh..


1. Bumi ditumbuhi pepohonan dan rumput rampai.
2. Langit ada matahari dan bulan yang memancarkan sinarnya ke alam ini ..
3. Langit ada deretan bintang yang bercahaya..
4. Langit menitiskan air hujan..
5. Langit ada petir atau guruh..
6. Di muka bumi ada sungai dan saliran yang mengalirkan air untuk kehidupan..
7. Bumi ada bukit,gunung dan lurah..
8. Bumi ada gempa yang melanda...
9. Bumi mengeluarkan lahar dari gunungnya dan air dari mata airnya..
10. Berlaku pemeluapan di muka bumi..

Rabu, 26 Mei 2010

TUTUR BICARA

Berkerut dahi ini memikirkan cara seorang insan yang bergelar guru dalam melontar bicara kemarahan pada anak didiknya.Inikan bicara insan bergelar guru.Kemarahan bersulam herdikan yang ingin diterap pada diri anak kecil yang ingin menimba ilmu. Dada si anak yang dahaga ilmu untuk mengisi minda.Kebeningan jiwa yang haus ditengking sedang anak tiada kepastian lagi arah tuju yang ingin dibina.Mengharap bimbingan tangan dan bicara untuk meneruskan kelansungan kehidupan.
Teman..
Jiwa pendidik adalah jiwa yang penyayang.Lontaran suara adalah penuh makna walau dalam kemarahan.Marah mu jangan dari hati dan jangan disulam tengkingan dan herdikan kerana segala cara bicaramu akan melambangkan keperibadianmu.Menjadi ingatan sepanjang zaman pada anak didik kita...