Ahad, 10 Julai 2011

10 SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Ibrahim bin Adham pernah berjalan di pasar kota Basrah.Di sana terdapat orang ramai berkumpul lalu mereka berkata : Ya Aba Ishaq! kami selalu berdoa,tetapi tidak diperkenan doa kami,apa sebabnya ? Ibrahim lalu berkata : Kerana hati mu mati dengan sebab 10 persoalan.

1- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haq Nya.
2- Kamu berteriak , bahawa kamu mencintai Rasulullah S.A.W.tetapi kamu
meninggalkan Sunahnya .
3- Kamu selalu membaca Al Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya .
4- Kamu memakan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur.
5- Kamu mengatakan bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu selalu mengikutinya
dan tidak tentang ajakannya.
6- Kamu mengatakan bahawa Syurga itu Haq dan nyata tetapi kamu tidak beramal untuk
sampai kesyurga itu .
7- Kamu mengatakan bahawa Neraka itu Haq dan nyata tetapi kamu tidak berusaha untuk
lari daripadanya.
8- Kamu mengatakan bahawa mati itu Haq dan nyata tetapi kamu tidak menyediakan
persiapan untuk dibawa mati.
9- Kamu bangun dari tidur ( tidak Berzikir kepada Allah ) tetapi kamu sebok membaca
aib kesalahan manusia sedangkan aib dan kesalahan sendiri kamu lupakan dan kamu
tutupi .
10-Kamu menghantar kawan-kawan mu yang meninggal dunia ke Tanah kubur tetapi
kamu tidak mengambil perhatian untuk mu akan peristiwa itu .