Ahad, 10 Julai 2011

10 Kesan Kurang Tidur.

1.Strok Dan Serangan Jantung
◦Kurang tidur dari 7 jam sehari boleh meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 33 peratus mengikut penyelidik dari Jepun. Dada akan terasa sakit apabila waktu malam, antara tanda ia mengalami masalah jantung.
2.Penyakit Kardiovaskular
◦Hormon yang sepatutnya keluar ketika waktu tidur terganggu, mengakibatkan beberapa kemampuan badan tidak berfungsi dengan baik.
3.Depresi Dan Bunuh Diri
◦Cepat marah, gelisah dan kelihatan sedih antara gejala yang diakibatkan kurang tidur lima jam sehari. Gejalan ini boleh nampak dalam masa seminggu tersebut. Kajian ini dijalankan oleh pensyarah di Universiti Pennsylavania.
4.Kesihatan Kulit Terganggu
◦Mata bengkak dan terdapat lingkaran hitam bawah mata. Pada masa sama, kulit akan jadi kusam, pucat dan garis halus akan mudah muncul pada wajah.
5.Kemalangan
◦Mengikut kajian oleh Lembaga Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional Amerika Syarikat, faktor mengantuk dan keletihan menyumbang faktor utama akibat kemalangan.
6.Kurang Daya Tumpuan
◦Mental akan terganggu. Hilang tumpuan kerana badan letih dan tak cukup rehat.
7.Mudah Gemuk
◦Nafsu makan akan lebih banyak kerana badan telah tersilap mengatur perjalanan tubuh kerana keliru dengan keadaan badan yang bukan dalam keadaan rehat.
8.Meningkatkan Risiko Kanser
◦Terdapat kajian terhadap olahraga yang mendapati mereka kurang tidur telah menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kanser di sebalik rutin mereka dalam bersukan.
9.Padamkan Keinginan Seksual
◦Kajian mendapati mereka yang mengalami atau menderita sleep apnea memiliki tahap testeron yang rendah.
10.Sakit Badan Dan Lemah Imuniti
◦Akan berasa sakit2 otot selain mudah sakit dan migrain.