Rabu, 6 Oktober 2010

MINDA KU KIAN LESU

Ya Rabbi...Hamba semakin kerdil pada amanah yang ku galas ini sedang jiwa hamba meronta lantaran kejahilan ini belum lagi terungkai. Sudah dua bulan ku bertapak di tempat baharu.Walau keserasian mula mengisi ruang hati ini namum adakalanya kesunyian, dan kerinduan membuai kalbu dan daku tewas dalam sendu yang tidak terucap.

Di sini jiwa ku kian layu.Minda ku jadi beku kerana ku kehilangan sesuatu yang amat ku dambakan.Bagaimana hendak ku rawat hati yang kian kelam ini?Siapakah yang dapat menggilap jiwa ini ? Siapakah insan yang dapat merungkai dan mengisi kedahagaan hamba pada cahaya yang berkerlipan nan indah bak purnama dikegelapan malam.Bukan gulungan sijil dimenara impian yang ku damba namun titisan ilmu dari insan yang ikhlas untuk ku bina jiwa ini bagi menghadap Maha Pencipta.