Ahad, 6 Jun 2010

PENGERTIAN KALBU

Kalbu boleh ditafsir dari berbagai sudut namun hakikatnya hanya dua pengertian iaitu kalbu pada sudut zahir dan kalbu pada sudut batin.

Kalbu pada zahir ialah kalbu lahir atau hati seni yang terletak di dalam dada untuk mengepam darah keseluruh saraf manusia.Ia dapat dilihat , di kerat dan dicincang . Ia akan hancur dan busuk berulat tatkala jasad kita mati.Ia sama juga yang dimiliki haiwan yang tidak berakal dimuka bumi ini.

Kalbu yang kedua adalah hati batin yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tidak dapat disentuh oleh anggota zahir namun dapat dirasa oleh pengakuan batin tentang kehadirannya.Hati ini berhubung kait dengan kerja hati kasar tadi.Ia datang dari alam ghaib yang tidak dapat dilihat dan disentuh oleh pandangan zahir.

Hati Batin ini laksana raja yang memerintah dan hati kasar itu umpama istana raja atau makam tempat ia bertahta yang memerintahkan anggota zahir seperti tangan,mata dan lain-lain lagi Anggota zahir ini adalah menjadi rakyat jelata yang mengikut perintah Sang Raja. Hati inilah yang akan menemui Maha Pencipta dalam rasa bahagia atau sengsara di dunia atau di Akhirat kelak.Hati inilah yang bertanggungjawab kepada Allah kerana ia adalah hakikat kejadian manusia