Ahad, 20 Jun 2010

DAUN PANDAN PENAWAR GOUT

Pandan sering digunakan untuk mengharumkan dan melazatkan kuih-muih atau untuk aroma istimewa nasi lemak.Mudah ditanam dan didapati di mana - mana saja di negara kita.Namun perlu diingat ini bukan pandan atau mengkuang untuk buat tikar ye..

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.Dalam keghairahan para doktor dan pakar perubatan mengkaji ubatan namun masyarakat melayu masih ramai menjadikan herba sebagai ubatan altenatif.

Gout salah satu penyakit yang sukar untuk pulih dan pesakit tidak dapat lagi makan makanan laut yang amat enak seperti ketam,udang, kerang dan lain-lain lagi.Inilah salah satu nikmat Allah yang ditarik sedikit dari mereka.

Pembaca entri ini yang mungkin mengalami masalah gout bolehlah cuba cara ini.Ambil 10 helai daun pandan yang segar.Potong kecil dan rebus dengan 10 gelas air mineral hingga tinggal segelas.Minum air rebusan seperti itu setiap hari dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Untuk perbandingan sebelum amalkan minum,cuba buat ujian darah dan selepas mengamalkan minum rebusan air pandan ini dalam tempoh dua minggu atau lebih, cuba buat lagi ujian darah .

Anda yang terlibat dengan kajian bio...atau farmasi buatlah kajian pandan ini...SELAMAT MENCUBA DAN INGATLAH BAHAWA SEGALA KESEMBUHAN ITU ADALAH DENGAN IZIN ALLAH JUA.