Selasa, 15 Jun 2010

SOLAT LAKSANA SEORANG MANUSIA

Ketahuilah bahawa solat itu laksana manusia manakala Roh dan nyawa adalah seperti kekhusyukan.Kehadiran hati serta keikhlasan seumpama roh manusia dan kehidupannya.

Semua rukun solat seperti gerak-geri hati ,kepala dan jantung kerana solat tanpa rukun samalah manusia tanpa hati, kepala dan jantung.

Perkara sunat dalam solat diumpamakan seperti kedua tangan,kedua mata dan kedua kaki bagi manusia kerana tanpanya masih ada lagi kehidupan itu.Manusia yang tiada anggota itu adalan insan yang serba kekurangan dan cacat pada pandangan zahir.Demikian jualah solat yang didirikan tanpa perkara sunat.

Sunat Hai'at pula adalah umpama penyempurnaan kejadian manusia seperti adanya bulu mata,rambut,bulu roma,bulu kening,janggut dengan kecantikan warnanya yang tersendiri dan sebagainya.

Melaksanakan solat dengan hanya membuat perkara wajib sahaja samalah orang yang menghadiahkan seorang hamba yang kudung kaki dan tangan kepada seorang Maharaja.

Ketahuilah bahawa solat itu adalah laksana suatu persembahan atau satu kurniaan yang amat berharga dan bernilai tinggi yang dipersembahkan kepada Maharaja dari Segala Maharaja ( ALLAH SWT )dan persembahan ini akan dikembalikan kepada hamba Nya semula pada Hari Perhitungan nanti.

Oleh itu terpulanglah pada anda untuk membuat persembahan tersebut samada mahu memilih dari hasil yang terbaik atau pun sebaliknya.