Rabu, 30 Jun 2010

IBU BAPA JADIKAN ANAK DERHAKA

Ramai kalangan bapa tidak tahu bahawa anak wajib menyahut dan menyempurnakan permintaan dari ibu dahulu baharulah menyahut panggilan atau arahan dari ayahnya.Namun ramai bapa akan marah kalau anak mendahulukan suruhan ibunya dahulu...malah ada yang menengking anaknya konon tak hormatkan ayah..akhirnya anak terpaksa sering mendahulukan ayahnya..kerana takut dilabel sebagai derhaka kepada ayah.

Biasanya dalam institusi kekeluargaan mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan anak-anak dari berbagai sudut seperti keceriaan ,kebahagiaan, kesempurnaan dari segi material dan juga pendidikan.

Dalam kehidupan yang kian mencabar ini,ramai ibu bapa yang asyik dengan kerjaya hingga lupa memberi bimbingan kerohanian kepada anak-anak.Mereka banyak memberi pendidikan untuk kejayaan dalam peperiksaan sahaja.Malahan lebih malang lagi ..sanggup mendidik anak mereka derhaka kepada guru..bukan dari tutur kata sahaja malahan dengan bertindak ganas....hingga sanggup membelasah guru dengan buku lima...bapa apakah ini...adakah ia menjadi hero untuk si anak???

Wahai ibu bapa...janganlah mengharap guru semata untuk mendidik anak menjadi manusia.Kehidupan itu saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain .Dalam kehidupan yang semakin mencabar ini ,ramai ibu bapa tidak sedar bahawa tutur kata dan tindakan mereka menjurus anak menjadi manusia yang derhaka kepada mereka sendiri,masyarakat dan negara malahan lebih membimbangkan kederhakaan kepada Allah.

Jumaat, 25 Jun 2010

BETIK PENAWAR RASA BISA @ SAKIT DALAM TAPAK KAKI

Mungkin anda atau keluarga anda mengalami sakit dalam tapak kaki .Rasa sakit bagai dicucuk-cucuk dengan jarum serta rasa bisa-bisa.Nak menapak...sakit...telan panadol !!!...hilang seketika...

Pembaca entri ini yang ingin mencuba kaedah rawatan altenatif..tak payah jumpa bomoh...cuma cari betik muda yang tak muda..tua pun bukan..agak-agak biji dia dah warna kelabu...panggang betik tu..sampai layu...kemudian belah dan letak tapak kaki dalam betik pada ruang tengah yang berbiji itu ..ikut tahan kaki..jangan melecur kaki sudah..Insya Allah rasa sakit hilang jika diamalkan selalu.
Namun perlu diingat rasa yakin serta dengan izin Allah jualah segalanya penyakit akan mendapat penawarnya.SELAMAT MENCUBA...

Ahad, 20 Jun 2010

DAUN PANDAN PENAWAR GOUT

Pandan sering digunakan untuk mengharumkan dan melazatkan kuih-muih atau untuk aroma istimewa nasi lemak.Mudah ditanam dan didapati di mana - mana saja di negara kita.Namun perlu diingat ini bukan pandan atau mengkuang untuk buat tikar ye..

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.Dalam keghairahan para doktor dan pakar perubatan mengkaji ubatan namun masyarakat melayu masih ramai menjadikan herba sebagai ubatan altenatif.

Gout salah satu penyakit yang sukar untuk pulih dan pesakit tidak dapat lagi makan makanan laut yang amat enak seperti ketam,udang, kerang dan lain-lain lagi.Inilah salah satu nikmat Allah yang ditarik sedikit dari mereka.

Pembaca entri ini yang mungkin mengalami masalah gout bolehlah cuba cara ini.Ambil 10 helai daun pandan yang segar.Potong kecil dan rebus dengan 10 gelas air mineral hingga tinggal segelas.Minum air rebusan seperti itu setiap hari dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Untuk perbandingan sebelum amalkan minum,cuba buat ujian darah dan selepas mengamalkan minum rebusan air pandan ini dalam tempoh dua minggu atau lebih, cuba buat lagi ujian darah .

Anda yang terlibat dengan kajian bio...atau farmasi buatlah kajian pandan ini...SELAMAT MENCUBA DAN INGATLAH BAHAWA SEGALA KESEMBUHAN ITU ADALAH DENGAN IZIN ALLAH JUA.

Selasa, 15 Jun 2010

SOLAT LAKSANA SEORANG MANUSIA

Ketahuilah bahawa solat itu laksana manusia manakala Roh dan nyawa adalah seperti kekhusyukan.Kehadiran hati serta keikhlasan seumpama roh manusia dan kehidupannya.

Semua rukun solat seperti gerak-geri hati ,kepala dan jantung kerana solat tanpa rukun samalah manusia tanpa hati, kepala dan jantung.

Perkara sunat dalam solat diumpamakan seperti kedua tangan,kedua mata dan kedua kaki bagi manusia kerana tanpanya masih ada lagi kehidupan itu.Manusia yang tiada anggota itu adalan insan yang serba kekurangan dan cacat pada pandangan zahir.Demikian jualah solat yang didirikan tanpa perkara sunat.

Sunat Hai'at pula adalah umpama penyempurnaan kejadian manusia seperti adanya bulu mata,rambut,bulu roma,bulu kening,janggut dengan kecantikan warnanya yang tersendiri dan sebagainya.

Melaksanakan solat dengan hanya membuat perkara wajib sahaja samalah orang yang menghadiahkan seorang hamba yang kudung kaki dan tangan kepada seorang Maharaja.

Ketahuilah bahawa solat itu adalah laksana suatu persembahan atau satu kurniaan yang amat berharga dan bernilai tinggi yang dipersembahkan kepada Maharaja dari Segala Maharaja ( ALLAH SWT )dan persembahan ini akan dikembalikan kepada hamba Nya semula pada Hari Perhitungan nanti.

Oleh itu terpulanglah pada anda untuk membuat persembahan tersebut samada mahu memilih dari hasil yang terbaik atau pun sebaliknya.

Ahad, 6 Jun 2010

PENGERTIAN KALBU

Kalbu boleh ditafsir dari berbagai sudut namun hakikatnya hanya dua pengertian iaitu kalbu pada sudut zahir dan kalbu pada sudut batin.

Kalbu pada zahir ialah kalbu lahir atau hati seni yang terletak di dalam dada untuk mengepam darah keseluruh saraf manusia.Ia dapat dilihat , di kerat dan dicincang . Ia akan hancur dan busuk berulat tatkala jasad kita mati.Ia sama juga yang dimiliki haiwan yang tidak berakal dimuka bumi ini.

Kalbu yang kedua adalah hati batin yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tidak dapat disentuh oleh anggota zahir namun dapat dirasa oleh pengakuan batin tentang kehadirannya.Hati ini berhubung kait dengan kerja hati kasar tadi.Ia datang dari alam ghaib yang tidak dapat dilihat dan disentuh oleh pandangan zahir.

Hati Batin ini laksana raja yang memerintah dan hati kasar itu umpama istana raja atau makam tempat ia bertahta yang memerintahkan anggota zahir seperti tangan,mata dan lain-lain lagi Anggota zahir ini adalah menjadi rakyat jelata yang mengikut perintah Sang Raja. Hati inilah yang akan menemui Maha Pencipta dalam rasa bahagia atau sengsara di dunia atau di Akhirat kelak.Hati inilah yang bertanggungjawab kepada Allah kerana ia adalah hakikat kejadian manusia

Khamis, 3 Jun 2010

KALBU,HATI,JIWA DAN PERASAAN

"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.Ketahuilah ianya adalah Kalbu (Hati )" Maksud H.R. Bukhori dan Muslim.

Hati dalam diri manusia laksana raja yang memerintah dan sangat ditaati oleh rakyatnya yang terdiri dari seluruh anggota lahiriah tubuh itu sendiri.Ia juga disebut HAKIKAT KE AKUAN...rumah ku..keretaku..wang ku....aku..dan aku.....

Itulah hakikat insan..lantaran ia sebenarnya ganti nama bagi ROH atau KALBU.
Ia menjadi pengarah bagi tubuh laksana belulang nan kering .Tubuh insan itu bagai tunggul kayu yang menanti rebah berkecai dan hancur ditelan bumi.

Datangnya dari Alam Ghaib dan akan kembali ke Alam Ghaib.Wujud sebelum Alam Kasar atau Alam Syahadah.Ditumpangkan ke alam dunia untuk menerima ujian ..beribadah dan tunduk kepada Maha Pencipta.Dia dihantar ke Alam Syahadah ini dengan hikmah ubuddiah iaitu untuk beribadah dan berbakti kepada Allah.

Siapa diri kita?
Dari mana arah kita dan hendak ke mana hala tuju kita..?
Ke mana dan di mana akhirnya kita semua....?

Ya ..Rabbi..
Bantulah hamba Mu ini dalam melunsuri kehidupan yang amat singkat ini.
Bantulah hamba untuk mencari dan mengapai ilmu Mu untuk ku canai di minda anak-anak ku serta anak didik ku.
Bantulah daku untuk ku selam Kalam Agung Mu mengisi jiwa ku yang kontang dan resah lantaran kejahilan ini masih bertahta dibalik jawatan dan amanah yang ku tanggung ini.

Ya ..Rabbi..
Beningnya titisan sendu ini belum dapat ku raih cinta Abadi.
Amat sukar untuk ku cipta rasa ikhlas dalam dada ini.
Amat payah sekali untuk ku kikis rasa tamak haloba pada dunia yang penuh tipu daya ini.

Ya... Rabbi..
Usah Kau biar daku terkapai sendirian mencari sinar ini...