Rabu, 6 Oktober 2010

MINDA KU KIAN LESU

Ya Rabbi...Hamba semakin kerdil pada amanah yang ku galas ini sedang jiwa hamba meronta lantaran kejahilan ini belum lagi terungkai. Sudah dua bulan ku bertapak di tempat baharu.Walau keserasian mula mengisi ruang hati ini namum adakalanya kesunyian, dan kerinduan membuai kalbu dan daku tewas dalam sendu yang tidak terucap.

Di sini jiwa ku kian layu.Minda ku jadi beku kerana ku kehilangan sesuatu yang amat ku dambakan.Bagaimana hendak ku rawat hati yang kian kelam ini?Siapakah yang dapat menggilap jiwa ini ? Siapakah insan yang dapat merungkai dan mengisi kedahagaan hamba pada cahaya yang berkerlipan nan indah bak purnama dikegelapan malam.Bukan gulungan sijil dimenara impian yang ku damba namun titisan ilmu dari insan yang ikhlas untuk ku bina jiwa ini bagi menghadap Maha Pencipta.

Ahad, 15 Ogos 2010

ADA MATA PANDANG , ADA AKAL FIKIR..

BERSIHKAH AIR TEBU ?????....Sedap dan enak,manis serta dingin airnya memang telah diketahui ramai lebih - lebih lagi saat berpuasa ni...namun lihat dan fikir sejenak....

Tebu di proses ditempat jualan...batang tebu pastinya ditinggal saja ditempat tersebut..tak kuasa nak masuk balik dalam van atau kenderaan peniaga.

Pernahkah anda terfikir selama ini..suci ke tebu itu??? Eh!! Tebu kan memang suci tapi....kan ditinggal saja tepi jalan/gerai...manalah kita nampak..entah-entah anjing yang banyak berkeliaran dok tembak ( kencing ) pada tebu tu ......Ada mata pandang..ada akal fikir....

Sabtu, 14 Ogos 2010

Antara Dua Lautan

Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.Sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khayalan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Khamis, 12 Ogos 2010

10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Rabu, 11 Ogos 2010

KUATKAN SEMANGAT,TINGGIKAN TEKAD MU

‎"Perkara kecil atau remeh jangan menggoncang hati, kerana kalau terbiasa tergoncang lantaran perkara kecil,tenagamu akan lemah menghadapi yang lebih besar... cukuplah persediaan akal dan jiwa untuk menghadapi kesusahan dan perjuangan." Petikan kata dari Amin Al Raihany Filosof Arab.

KUATKAN SEMANGAT,TINGGIKAN TEKAD MU

‎"Perkara kecil atau remeh jangan menggoncang hati, kerana kalau terbiasa tergoncang lantaran perkara kecil,tenagamu akan lemah menghadapi yang lebih besar... cukuplah persediaan akal dan jiwa untuk menghadapi kesusahan dan perjuangan." Petikan kata dari Amin Al Raihany Filosof Arab.

Sabtu, 7 Ogos 2010

TIPS KEJUTKAN ORANG BERSAHUR

Bulan Ramadhan dah hampir ni...satu bab yg sukar nak buat ialah kejutkan orang untuk bersahur.Kalau nak kejutkan orang bangun tidur esp sahur..camni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..

2. sentuh bahu orang tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil

nama dia...

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...

5. tutup kipas/air cond

tp kalau still tak bangun...

1. jerit nama dia kuat-kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah

hidung dia..bg ambik bau sikit


tapi kalau still tak effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa Rabbuka! sambil seru nama dia byk

kali...

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe

tapi kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih

menyayanginya