Sabtu, 5 Disember 2009

BETAPA KERDIL DIRI INI

Dari maksud Surah Qaf : 6
"Maka apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak sedikit pun."

Melihat warna dan hiasan di langit memberi kenikmatan dan ketenangan tersendiri.Betapa kerdilnya diri kita melihat langit yang amat luas tanpa nampak penghujungnya.Betapa lagi kerdilnya diri kita di sisi pencipta Nya namun yang pasti kita tidak pernah dipersia-siakan.Sering mendapat nikmat dan rahmatnya namun kita sering lalai dan lupa.Kita sering leka dan lupa berterima kasih.
Ya Rabbi..betapa diri ini amat jauh untuk menggapai ilmu dan rahsia alam yang amat luas ini.

Iman Al Ghazali ada menyatakan bahawa melihat langit memberi berbagai manfaat antaranya ialah :-

1. Mengurangkan rasa sedih.
2. Mengurangkan keraguan.
3. Menghilangkan rasa takut.
4. Mengingatkan kewujudan Allah.
5. Menumbuhkan rasa takzim ( mengagungkan Allah)
6. Menghilangkan fikiran buruk.
7. Mententeramkan orang yang rindu.
8. Mententeramkan orang yang mencintai Allah.
9. Menetapkan Qiblat orang yang berdoa.


Maksud dari Surah Nuh : 16
" Dan Allah menjadikan matahari sebagai pelita."

Sesungguhnya manusia tidak mampu menyingkap rahsia penciptaan matahari dan hikmahnya.Hanya Allah jua yang Maha Mengetahuinya.Dialah Maha Pencipta .Betapa hebatnya ciptaanNya yang tidak mampu diketahui dan ditembusi rahsianya oleh manusia yang merasa hebat di muka bumi ini..
Perhatikanlah rahsia Allah menciptakan malam dan siang.Fikirkanlah jika matahari tidak terbit atau tidak terbenam...Perhatikanlah peredaran matahari yang tidak beralih dari jalan atau orbitnya.Renungkanlah nikmat adanya siang dan malam.Pasti tiada makhluk biasa yang mampu mengurusnya dan bila mentari ini terbenam muncul pula bulan yang menerangi malam dan dihiasi bintang yang berkerlipan.Kedinginan malam memberi ketenangan kepada muka bumi.Renungkanlah jika tiada malam dan mentari terus bersinar...kepanasan mentari di siang hari amat menyakitkan namun diperlukan oleh seluruh makhluk dan kepanasannya belum menggambarkan kepanasan sebenar api neraka....Bagaimana panasnya api neraka....Ya Rabbi..peliharalah hamba Mu ini dari kepanasan api neraka Mu...