Sabtu, 5 Disember 2009

BETAPA KERDIL DIRI INI

Dari maksud Surah Qaf : 6
"Maka apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak sedikit pun."

Melihat warna dan hiasan di langit memberi kenikmatan dan ketenangan tersendiri.Betapa kerdilnya diri kita melihat langit yang amat luas tanpa nampak penghujungnya.Betapa lagi kerdilnya diri kita di sisi pencipta Nya namun yang pasti kita tidak pernah dipersia-siakan.Sering mendapat nikmat dan rahmatnya namun kita sering lalai dan lupa.Kita sering leka dan lupa berterima kasih.
Ya Rabbi..betapa diri ini amat jauh untuk menggapai ilmu dan rahsia alam yang amat luas ini.

Iman Al Ghazali ada menyatakan bahawa melihat langit memberi berbagai manfaat antaranya ialah :-

1. Mengurangkan rasa sedih.
2. Mengurangkan keraguan.
3. Menghilangkan rasa takut.
4. Mengingatkan kewujudan Allah.
5. Menumbuhkan rasa takzim ( mengagungkan Allah)
6. Menghilangkan fikiran buruk.
7. Mententeramkan orang yang rindu.
8. Mententeramkan orang yang mencintai Allah.
9. Menetapkan Qiblat orang yang berdoa.


Maksud dari Surah Nuh : 16
" Dan Allah menjadikan matahari sebagai pelita."

Sesungguhnya manusia tidak mampu menyingkap rahsia penciptaan matahari dan hikmahnya.Hanya Allah jua yang Maha Mengetahuinya.Dialah Maha Pencipta .Betapa hebatnya ciptaanNya yang tidak mampu diketahui dan ditembusi rahsianya oleh manusia yang merasa hebat di muka bumi ini..
Perhatikanlah rahsia Allah menciptakan malam dan siang.Fikirkanlah jika matahari tidak terbit atau tidak terbenam...Perhatikanlah peredaran matahari yang tidak beralih dari jalan atau orbitnya.Renungkanlah nikmat adanya siang dan malam.Pasti tiada makhluk biasa yang mampu mengurusnya dan bila mentari ini terbenam muncul pula bulan yang menerangi malam dan dihiasi bintang yang berkerlipan.Kedinginan malam memberi ketenangan kepada muka bumi.Renungkanlah jika tiada malam dan mentari terus bersinar...kepanasan mentari di siang hari amat menyakitkan namun diperlukan oleh seluruh makhluk dan kepanasannya belum menggambarkan kepanasan sebenar api neraka....Bagaimana panasnya api neraka....Ya Rabbi..peliharalah hamba Mu ini dari kepanasan api neraka Mu...

MANUSIA DAN ALAM CIPTAAN ALLAH

RENUNGI CIPTAAN ALLAH DALAM DIRI KITA DAN ALAM INI

1. Manusia ditumbuhi rambut dan bulu roma….
2. Wajah manusia mempunyai dua mata yang menyaksi alam..
3. Manusia ada deretan gigi yang menawan..
4. Manusia menitiskan airmata..
5. Manusia bersin dan batuk...
6. Dalam tubuh manusia ada urat saraf yang mengalirkan darah..
7. Tubuh manusia mempunyai bentuk yang indah…
8. Manusia ada sifat marah
9. Manusia mengeluarkan najis dari qubul dan dubur..
10. Manusia berpeluh..

1. Bumi ditumbuhi pepohonan dan rumput rampai.
2. Langit ada matahari dan bulan yang memancarkan sinarnya ke alam ini ..
3. Langit ada deretan bintang yang bercahaya..
4. Langit menitiskan air hujan..
5. Langit ada petir atau guruh..
6. Di muka bumi ada sungai dan saliran yang mengalirkan air untuk kehidupan..
7. Bumi ada bukit,gunung dan lurah..
8. Bumi ada gempa yang melanda...
9. Bumi mengeluarkan lahar dari gunungnya dan air dari mata airnya..
10. Berlaku pemeluapan di muka bumi..

Isnin, 14 September 2009

RAMADHAN KU YANG SEPI

Ramadhan ku ...hambar.Betapa ku jauh dari Mu..namun ku masih berharap agar ibadah ku ini mendapat keredhaan Mu.Malam Al Qadar..yang menjadi impian warga muslim seluruh dunia..sukar untuk ku ramal.
Ibadah ku dalam kelam.kejahilan dalam diri belum terungkai.Namun dalam kelam ini ku cari cahaya yang jauh berbalam.Saban hari ku dengar dari kejauhan suara imam memecah dini hari dalam qiamullail dari sebuah masjid.Sayup menusuk kalbu.Alangkah bertuahnya mereka yang dapat bermakmum bersamanya.Alangkah beruntungnya wanita yang menjadi surinya.Betapa beruntungnya anak-anak yang mempunyai ayah sepertinya.Jiwa ini ingin bermakmun dibelakang imam itu namun gerak langkah ku amat terbatas..kerana daku seorang wanita bergelar isteri dan ibu pada anak-anak yang memerlukan tangan ini untuk memasak dan mengejutkan mereka bersahur...Ya Rabbi..berilah daku peluang untuk ku bermakmum dengan insan yang amat hampir diriya dengan Mu.

Sabtu, 27 Jun 2009

Sabtu, 6 Jun 2009

Sentiasa merindui teman di alam persekolahan.Masa lalu adalah memori indah untuk dikenang.Insan yang paling kurindu adalah sahabat yang hilang khabar berita setelah ia menyambung pengajian ke Timur Tengah.
Masihkah kau ingat janji kita "sahabat tetap sahabat " .Moga anda bahagia bersama keluarga tercinta walau di mana anda berada.